Static overlay

MUZIK

icon

Mengangkat nasyid di Malaysia sebagai satu medium seni hiburan Islam dan dakwah arus perdana.

KEBAJIKAN

icon

Menjaga kebajikan ahli, mendidik dan mentarbiah, mentransformasi serta mengumpul khazanah kesenian Islam menurut ajaran Islam yang sebenar.

EKOSISTEM

icon

Membawa keterampilan ahli ke arah pembangunan seni, industri, kemasyarakatan dan kebajikan.

TENTANG KAMI

Majlis Usahawan Nasyid Malaysia atau Munsyid Malaysia merupakan organisasi yang menghimpunkan para penggiat industri nasyid Malaysia. Ianya bertujuan mengangkat nasyid sebagai seni hiburan Islam yang berdaya saing samada di peringkat nasional dan juga antarabangsa.

PENGENALAN

MUNSYID MALAYSIA bergabung sejak 2012 dan secara rasminya berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada tahun 2021 dengan nama Pertubuhan Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia) (2021) bernombor pendaftaran PPM-006-14-25032022. Ahli-ahli persatuan terdiri di kalangan penyanyi nasyid, pemain muzik, penerbit, komposer, penulis lirik, penyusun muzik, jurutera bunyi, pengamal media serta penggiat dan penggerak di sebalik tabir.

VISI

Memartabatkan nasyid sebagai satu medium seni hiburan Islam dan dakwah arus perdana yang mampu menjadi pemangkin kepada perubahan masyarakat di peringkat nasional dan antarabangsa


MISI

  • Menjadi wadah kepada ahli bagi menjaga kebajikan ahli yang lain, mendidik, mentarbiyah, mentransformasi dan menyatupadu, menghidupkan aktiviti seni hiburan Islam serta mengumpul khazanah kesenian Islam menurut ajaran islam yang sebenar
  • Menjadi persatuan yang membawa keterampilan ahlinya ke arah pembangunan seni, industri, kemasyarakatan dan kebajikan dengan sebaik mungkin
final_logo_munsyid_malaysia_02-3

MAJLIS USAHAWAN NASYID MALAYSIA
(PPM-022-14-06042012)

No. 272 Jalan Tanjung SD 13/2
52200 Bandar Sri Damansara
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Scroll to Top